Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah Bangladesh dijangka batal kuota pekerjaan

    DHAKA, 21 JULAI – Mahkamah tertinggi Bangladesh hari ini dijangka membuat keputusan mengenai masa depan peraturan pengambilan pekerja perkhidmatan awam yang mencetuskan pertempuran di seluruh negara antara polis dan pelajar universiti, menyaksikan 151 orang terbunuh.

    Bermula sebagai protes terhadap kuota kemasukan untuk jawatan kerajaan yang dicari-cari akhirnya berubah menjadi pergolakan paling teruk semasa tempoh pemerintahan Perdana Menteri Bangladesh, Sheikh Hasina pada minggu ini.

    Tentera mengadakan rondaan di bandar-bandar di seluruh Bangladesh selepas polis rusuhan gagal memulihkan keadaan, sementara Internet yang terputus di seluruh negara sejak Khamis telah menyekat aliran maklumat ke dunia luar.

    Mahkamah Agung bersidang pada hari ini sebelum keputusan dijangka diambil sama ada untuk memansuhkan kuota pekerjaan yang dipertikaikan.

    Hasina, yang mana pembangkang menuduh kerajaannya menguasai badan kehakiman secara sewenang-wenang, memberikan petunjuk kepada orang ramai minggu ini bahawa skim itu akan dibatalkan.

    Tetapi selepas tindakan keras dan angka kematian yang semakin meningkat, keputusan yang diambil tidak mungkin meredakan kemarahan orang ramai yang memuncak.

    “Ia bukan mengenai hak pelajar lagi,” kata pemilik perniagaan Hasibul Sheikh, 24, kepada AFP di lokasi protes jalanan, kelmarin, yang diadakan di ibu negara Dhaka sebagai membantah perintah berkurung di seluruh negara.

    “Tuntutan kami hanya satu perkara sekarang, dan ia adalah peletakan jawatan kerajaan.” – AFP

    Askar dan Batalion Tindakan Pantas Bangladesh berkawal di Mahkamah Agung Bangladesh, di tengah-tengah bantahan anti-kuota di Dhaka pada 21 Julai 2024. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda