Saturday, May 10, 2025
31 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah Czech bebaskan Saleh Muslim

    PRAGUE, 27 Feb – Mahkamah Czech hari ini melepaskan pemimpin terkemuka Kurdis Syria, Saleh Muslim yang ditahan pada hujung minggu lalu dan dikehendaki oleh Turki atas tuduhan pengganas, kata peguamnya.

    “Hakim membebaskan klien saya,” kata peguam Muslim, Miroslav Krutina kepada wartawan.

    Beliau berkata Muslim telah berjanji mahu bekerjasama untuk mengambil bahagian dalam semua prosiding ekstradisi yang diminta oleh Turki.

    Bekas ketua Parti Kesatuan Demokratik Kurdis (PYD) Syria itu masih menjadi tokoh untuk rakyat Kurdis di Syria.

    Hakim Czech, Jaroslav Pytloun enggan mengulas mengenai keputusannya, yang dipuji oleh beberapa belas orang Kurdis yang datang untuk menunjukkan perpaduan dengan Muslim di depan kompleks pengadilan perbandaran di pusat kota Prague.

    Penyokong Saleh Muslim mengangkat sepanduk gambarnya ketika mereka meraikan pelepasan Muslim di depan mahkamah pada 27 Februari 2018 di Prague. Mahkamah Czech melepaskan Muslim kelmarin yang ditahan pada hujung minggu lepas dan dikehendaki oleh Turki atas dakwaan pengganasan. – AFP

    Sebelum ini, Turki semalam berkata ia telah memohon secara formal bagi penyerahan balik salah seorang pemimpin paling terkenal Kurdis Syria itu, yang ditahan oleh polis Czech atas permintaan Ankara.

    Saleh Muslim, orang penting dalam pergerakan Kurdish Syria ditahan malam Sabtu lalu di hotel kelas tinggi, Prague, menurut para pegawai Czech dan Turki.

    “Kementerian kehakiman telah menyelesaikan persediaannya bagi penyerahan balik itu dan fail ini telah dihantar kepada pihak berkuasa kehakiman Czech semalam,” menurut Timbalan Perdana Menteri, Bekir Bozdag.

    Muslim adalah bekas pengerusi bersama PYD Syria iaitu sayap politik militia Unit Perlindungan Rakyat Kurdish (YPG).

    “Permintaan kami ialah bagi penghantaran balik Saleh Muslim – pengurus pertubuhan pengganas, ketua kumpulan dan masih terlibat dalam tindakan ganas ke atas Turki , seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang mengikat kami,” Bozdag memberitahu penyiar NTV dalam satu temu bual.

    Bozdag, yang juga jurucakap kerajaan sebelum ini menyatakan bahawa Turki dan Republik Czech adalah ahli dalam Konvensyen Eropah bagi penyerahan balik. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda