Sunday, May 11, 2025
31.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah henti tuntutan peguam terhadap Persatuan Undang-undang

    Oleh Nour Maghfirah –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 NOV – Dalam kes baru-baru ini di hadapan Mahkamah Tinggi, seorang peguam mencabar penemuan Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Undang-undang terhadapnya.

    Plaintif Lim Chin Wah yang mewakili dirinya, memohon perintah yang mendakwa tindakan disiplin yang tidak adil dan kesilapan fakta dan undang-undang.

    Persatuan Undang-undang yang diwakili oleh peguam-peguam dari Messrs AIP, Navasiwayam Kanasan dan Abdul Muqtadir Awang Haji Suhaime, berhujah bahawa keputusan yang dicapai telah dicabar, seperti yang dilarang oleh Perkara 84C dalam Perlembagaan.

    Dalam prosiding tatatertib, Jawatankuasa Tatatertib pada 13 Disember 2022 mendapati Lim Chin Wah melanggar peraturan khusus yang mengawal peguam bela dan peguam cara.

    Plaintif meminta perintah yang menuntut tindakan tidak adil, ketidaktepatan fakta dan undang-undang, dan injunksi terhadap tindakan tatatertib selanjutnya.

    Gambar Freepik

    Persatuan Undang-undang berhujah bahawa prosiding itu adalah kajian semula kehakiman dan dilarang di bawah Perkara 84C dalam Perlembagaan.

    Perkara 84C dalam Perlembagaan secara jelas melarang kajian semula kehakiman di Negara Brunei Darussalam, mengehadkan cabaran kepada tindakan, keputusan, atau peninggalan oleh entiti awam.

    Mahkamah meneliti duluan yang ditetapkan dalam undang-undang kes yang melibatkan peguam mencabar Majlis Persatuan Undang-undang Brunei Darussalam, menekankan bahawa tindakan tatatertib Persatuan Undang-undang jatuh di bawah fungsi awam, menjadikan kajian semua kehakiman tidak dibenarkan.

    Hujah plaintif di bawah Seksyen 63 Akta Profesion Undang-undang, yang menegaskan status korporat Persatuan Undang-undang telah ditolak, kerana larangan itu tertumpu kepada tugas awam Jawatankuasa Tatatertib, bukan status undang-undang Persatuan Undang-undang.

    Lim Chin Wah membangkitkan kebimbangan mengenai kelewatan dalam prosiding, memetik pelanggaran Seksyen 57 (3) Perintah Profesion Undang-undang. Walau bagaimanapun, susulan kes itu, mahkamah berpendapat larangan kajian semula kehakiman lebih diutamakan daripada penangguhan.

    Plaintif juga berhujah, membangkitkan mala fides, tetapi mahkamah menolaknya, dengan menyatakan ketiadaan bukti dan pengenalan tuntutan yang lewat.

    Pesuruhjaya Kehakiman Edward Timothy Starbuck Woolley, dalam keputusannya pada 6 November lalu, membuat kesimpulan bahawa tindakan plaintif membentuk kajian semula kehakiman, termasuk dalam lingkungan Perkara 84C. Akibatnya, dia memutuskan memihak kepada Persatuan Undang-undang, melarang prosiding selanjutnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda