Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mahkamah HK perintah muflis terhadap aktivis veteran

    HONG KONG, 7 FEB – Mahkamah Hong Kong kelmarin mengeluarkan perintah muflis terhadap Ted Hui, seorang aktivis penyokong demokrasi terkenal dan bekas penggubal undang-undang yang dibuang negeri yang dituduh melanggar undang-undang keselamatan negara di bandar itu.

    Aktivis veteran berusia 41 tahun, Hui, mengumumkan pada Disember 2020 dia telah dibuang negeri berikutan tindakan keras Beijing terhadap perbezaan pendapat di Hong Kong, yang menyaksikan pengenaan undang-undang keselamatan negara yang menyeluruh beberapa bulan sebelumnya.

    Hui adalah antara beberapa orang aktivis luar negara yang disasarkan tahun lalu oleh habuan polis sebanyak HK$1 juta (AS$128,000) setiap seorang.

    Pihak berkuasa pada masa itu menuduh mereka melakukan ‘kesalahan yang sangat serius yang membahayakan keselamatan negara.’

    Pada perbicaraan ringkas kelmarin, seorang hakim Mahkamah Tinggi Hong Kong membuat perintah muflis terhadap Hui. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...