Saturday, April 27, 2024
24.4 C
Brunei

    -

    Mahkamah Iran hukum mati 3 lagi pembantah

    TEHRAN, 16 NOV – Mahkamah Iran menjatuhkan tiga lagi hukuman mati berhubung keganasan yang dikaitkan dengan bantahan terhadap kematian Mahsa Amini, kata badan kehakiman hari ini, menjadikannya lima hukuman yang dijatuhkan dalam tempoh tiga hari.

    Seorang disabitkan bersalah kerana menyerang pegawai polis menggunakan keretanya, membunuh salah seorang daripadanya, yang kedua menikam seorang pegawai keselamatan dan yang ketiga cuba menyekat lalu lintas dan menyebarkan ‘keganasan’, lapor laman web badan kehakiman Mizan Online, memetik keputusan itu.

    Lima orang telah dibicarakan pada 29 Oktober di mahkamah revolusi Tehran, umum pihak berkuasa kehakiman ketika itu.

    Iran telah dicengkam oleh bantahan – disifatkan sebagai ‘rusuhan’ oleh pihak berkuasa – sejak kematian Amini pada 16 September, tiga hari selepas penahanannya oleh polis moral kerana dakwaan melanggar kod pakaian wanita Iran. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...