Saturday, July 6, 2024
23.3 C
Brunei

    -

    Mahkamah Jepun mansuhkan undang-undang eugenik

    TOKYO, 3 JULAI – Mahkamah Tinggi Jepun hari ini memutuskan bahawa undang-undang eugenik yang telah memaksa ribuan orang dimandulkan antara tahun 1948 dan 1996 adalah tidak berperlembagaan dan telah dimansuhkan, lapor media tempatan.

    Mahkamah itu juga memutuskan statut 20 tahun mengenai tuntutan pampasan tidak boleh dikuatkuasakan, satu kelegaan bagi mangsa yang telah menanggung penderitaan berdekad lamanya.

    Kerajaan Jepun mengakui bahawa kira-kira 16,500 orang telah dimandulkan secara paksa di bawah undang-undang eugenik yang berkuat kuasa antara tahun 1948 dan 1996.

    Undang-undang tersebut membenarkan doktor untuk memandulkan orang yang memiliki kecacatan intelektual yang boleh diwarisi bagi ‘mencegah kelahiran keturunan berkualiti rendah’.

    Seramai 8,500 orang pula bersetuju untuk memandulkan diri masing-masing, menurut pihak berkuasa, walaupun peguam mengatakan kes-kes tersebut kemungkinan besar ‘secara de facto dipaksa’ kerana tekanan yang dihadapi individu-individu tersebut.

    Notis kerajaan pada 1953 menyatakan bahawa penahanan fizikal, anestesia bahkan ‘penipuan’ boleh digunakan untuk operasi tersebut.

    “Saya telah menanggung penderitaan selama 66 tahun kerana pembedahan oleh pihak kerajaan. Saya mahu hidup saya yang telah dirampas dikembalikan semula,” kata mangsa, Saburo Kita, yang menggunakan nama samaran. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...