NAYPYIDAW, MYANMAR, 30 NOV – Sebuah mahkamah junta hari ini menangguhkan keputusan perbicaraan pemimpin awam yang disingkirkan, Aung San Suu Kyi yang berdepan pelbagai dakwaan yang boleh menyaksikannya dipenjara selama berdekad-dekad.
Penerima anugerah Nobel itu telah ditahan sejak jeneral-jeneral tentera menggulingkan kerajaannya pada awal pagi 1 Februari, mengakhiri kerajaan demokratik yang singkat.
Mahkamah berkenaan, yang dijangka membuat keputusan berikutan perbicaraan terhadap dakwaan menghasut tentangan terhadap
tentera, yang membawa hukuman penjara tiga tahun, telah menangguhkan keputusan “sehingga 6 Disember”, menurut satu sumber yang dekat dengan kes itu.
Keputusan bagi dakwaan Suu Kyi melanggar sekatan-sekatan koronavirus semasa pilihan raya yang dimenangi partinya tahun lalu, membawa hukuman enam bulan penjara atau denda, juga ditunda ke tarikh yang sama. – AFP
