Wednesday, April 24, 2024
29.7 C
Brunei

    -

    Mahkamah junta tolak rayuan Suu Kyi

    YANGON, 4 MEI – Mahkamah junta Myanmar hari ini menolak rayuan bekas pemimpin yang digulingkan, Aung San Suu Kyi berhubung hukuman penjara lima tahun atas dakwaan rasuah yang dijatuhkan minggu lalu, menurut satu sumber.

    Sejak rampasan kuasa pada Februari tahun lalu, menyebabkan Myanmar bergolak, Suu Kyi berada di bawah tahanan tentera dan berdepan pelbagai dakwaan yang boleh menyaksikan dia dipenjara lebih 150 tahun.

    Minggu lalu, pemenang hadiah Nobel didakwa menerima rasuah berjumlah wang tunai AS$600,000 dan jongkong emas – tuduhan yang menurutnya ‘tidak masuk akal’, menurut peguamnya.

    Rayuan yang difailkan oleh pasukan undang-undang Suu Kyi hari ini “ditolak dengan ringkas tanpa mendengar daripada kedua-dua pihak,” menurut sumber.

    Bekas pemimpin berusia 76 tahun itu sudah dijatuhkan hukuman penjara enam tahun kerana mengapi-apikan anggota tentera, melanggar peraturan COVID serta undang-undang telekomunikasi.

    Gambar fail bertarikh 5 November 2015 semasa Aung San Suu Kyi menyampaikan ucapan di Hsiseng. Mahkamah junta menolak rayuan Suu Kyi terhadap hukuman penjara lima tahun atas dakwaan rasuah. – AFP

    Dia akan kekal berada dalam tahanan di rumah di sebuah lokasi yang tidak diketahui di ibu kota Naypyidaw sementara ia menentang dakwaan lain.

    Jurucakap junta tidak dapat dihubungi untuk memberikan kenyataan mengenai keputusan rayuan tersebut.

    Suu Kyi juga berdepan beberapa dakwaan lain, termasuk dituduh melanggar akta rahsia rasmi, beberapa tuduhan rasuah dan penipuan semasa pilihan raya.

    Wartawan juga dilarang daripada menghadiri sesi perbicaraan di mahkamah manakala peguam Suu Kyi pula tidak dibenarkan untuk bercakap kepada media.

    Bulan lalu, Suu Kyi terpaksa terlepas tiga hari sesi perbicaraan selepas dikuarantin kerana kakitangannya dijangkiti COVID. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...