Friday, January 17, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah, kaunter pembayaran ditutup pagi 23 Januari

    Oleh Nour Maghfirah –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Rendah serta kaunter-kaunter pembayarannya di Bandar Seri Begawan akan ditutup pada pagi 23 Januari.

    Penutupan itu bagi memberi laluan kepada Majlis Pembukaan Tahun Undang-undang 2025 yang akan berlangsung pada sebelah pagi.

    Kedua-dua mahkamah dan kaunter pembayaran akan dibuka semula seperti biasa pada sebelah petang bermula pukul 2 petang pada hari yang sama.

    Sehubungan itu, pihak pentadbiran memohon maaf atas sebarang kesulitan yang berlaku dan berterima kasih atas kerjasama yang diberikan.

    Gambar Freepik

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda