Wednesday, May 14, 2025
23.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah Kemboja penjarakan remaja autistik

    PHNOM PENH, 1 NOV – Sebuah mahkamah Kemboja menjatuhkan hukuman penjara lapan bulan ke atas seorang remaja autistik hari ini, dengan sebahagian tempohnya digantung, kerana menghantar mesej telegram yang dianggap menghina kerajaan, kata ibunya.

    Anak tokoh pembangkang, Kak Sovann Chhay, 16, ditahan hujung Jun lalu selepas menyiarkan mesej dalam kumpulan peribadi Telegram dan ditahan lebih daripada empat bulan. Mahkamah Munisipal Phnom Penh hari ini menjatuhkannya hukuman penjara lapan bulan, di bawah pertuduhan menghasut dan menghina pegawai awam. Kebanyakan baki tempoh penjara – mengambil kira masa ditahan – sudah pun digantung dua tahun.

    “Anak lelaki saya akan dibebaskan pada 9 November,” kata ibunya, Prum Chantha yang mengatakan hukuman ke atas anaknya tidak adil. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda