Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah Komersial Antarabangsa beroperasi di Uzbekistan

    TASHKENT, 28 APRIL – Uzbekistan kini aktif meneruskan pembaharuannya bagi memastikan hak pelabur dilindungi, kata Presiden Shavkat Mirziyoyev dalam ucapannya di Forum Pelaburan Antarabangsa Tashkent Kedua 2023 (TIIF-2023) kelmarin.

    “Kami akan meneruskan pembaharuan bagi melindungi hak usahawan. Secara khususnya, Mahkamah Komersial Antarabangsa akan memulakan aktivitinya untuk pertama kali dalam sejarah. Ia menjadi kenyataan hasil sokongan pakar antarabangsa”, katanya.

    Beliau berkata kerajaan telah banyak memudahkan pelabur asing membeli hartanah, keluar masuk negara serta prosedur permit kediaman.

    Langkah-langkah penting sedang dilaksanakan daripada segi jaminan perlindungan undang-undang terhadap hak pelabur.

    Untuk itu, mahkamah pentadbiran diupayakan dengan kuasa yang ketara dan lebih cekap.

    “Mulai sekarang, usahawan dan pelabur tidak perlu membuktikan tuntutan mereka di mahkamah. Sebaliknya agensi negeri perlu membuktikan kesahihan keputusannya daripada segi undang-undang,” kata presiden.

    Menurut beliau, sebarang ketidaktentuan yang timbul akan diselesaikan dengan memihak kepada pelabur.

    Uzbekistan menetapkan mekanisme untuk menguatkuasakan keputusan mahkamah timbang tara antarabangsa dalam undang-undang negara. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda