WASHINGTON, 29 NOV – Mahkamah Tinggi Pennsylvania menolak satu lagi cabaran perundangan berkaitan pilihan raya yang dikemukakan penyokong Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump (gambar bawah) kelmarin.
Keputusan itu menyaksikan hampir mustahil untuk kem Trump membatalkan keputusan pilihan raya presiden ne-gara itu yang dimenangi calon Demokrat, Joe Biden.
Parti Republikan menuntut untuk membatalkan undi pos atau membuang semua undi dan pemenangnya ditentukan oleh mahkamah di negeri itu.
Mahkamah menolak kedua-dua tuntutan itu dengan keputusan sebulat suara sambil menyifatkan permintaan kedua itu sebagai ‘luar biasa me-minta mahkamah membatalkan semua 6.9 juta undi warga Pennsylvania yang mengundi pada pilihan raya’.
Dalam tuntutan itu, pencabar mendakwa undang-undang Pennsylvania pada tahun 2019 yang membenarkan undian pos adalah tidak berperlembagaan.
Hakim bagaimanapun berpandangan tuntutan mereka pada 21 November terhadap undang-undang yang difailkan itu terlalu lambat iaitu melebihi satu tahun selepas ia disahkan manakala pilihan raya pula menunjukkan keputusan yang amat jelas. – AFP