Sunday, July 13, 2025
32.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah perintah Apple bayar AS$500j

    SAN FRANCISCO, 12 OGOS – Apple diperintahkan untuk membayar ganti rugi dan faedah lebih daripada AS$500 juta terhadap pelanggaran paten 4G yang dikenakan oleh syarikat harta intelek PanOptis, perintah sebuah mahkamah Texas.

    Syarikat gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) – kini bernilai hampir AS$2 trilion – akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan hari ini, kata media tempatan. PanOptis, yang ditugaskan untuk melesenkan hak paten, membawa Apple ke mahkamah pada Februari tahun lalu, dan mendakwa ia enggan membayar penggunaan teknologi 4G LTE di telefon pintar, tablet dan jam tangannya.

    “Plaintif telah berulang kali berunding dengan Apple untuk mencapai kesepakatan bagi mendapatkan lesen FRAND kepada portfolio paten plaintif yang dilanggar oleh Apple,” menurut mahkamah semasa membacakan dakwaan. FRAND merujuk kepada istilah yang ‘adil, munasabah dan tidak diskriminasi’ dan merupakan standard industri IT untuk penggunaan teknologi.

    “Rundingan tidak berjaya kerana Apple enggan membayar royalti FRAND kepada lesen Plaintif.” Apple berhujah bahawa paten itu tidak sah, menurut penerbitan undang-undang.

    “Tuntutan undang-undang seperti ini oleh syarikat yang mengumpulkan hak paten hanya berfungsi untuk menyekat inovasi dan membahayakan pengguna,” kata Apple dalam satu kenyataan yang dilaporkan oleh media. – AFP

    Gambar fail pada 22 Jun lalu menunjukkan orang ramai berbaris memasuki sebuah premis mudah alih Apple di New York. Apple diperintahkan untuk membayar ganti rugi dan faedah lebih daripada AS$500 juta terhadap pelanggaran paten 4G. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda