Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah Rayuan kekalkan hukuman penjara, sebat

    Oleh Nour Maghfirah – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV – Mahkamah Rayuan baru-baru ini membuat keputusan yang tidak dapat di-elakkan untuk mengekalkan hukuman penjara tiga tahun berserta enam sebatan terhadap seorang lelaki yang melakukan khianat pembakaran.

    Awangku Muhammad Hafiz Dzulfadhly bin Pengiran Hassanal Ariffin menerima hukuman itu selepas mengaku bersalah pada 22 Disember 2022 atas pertuduhan berbuat khianat dengan membakar. Hukumannya dijatuhkan pada 16 Mac.

    Pendakwa Raya Syafina binti Abdul Hadzid berkata, perayu membeli minyak tanah pada malam sebelum kejadian dan membawanya ke kafe menaiki keretanya pada pukul 5 pagi 14 Januari 2021.

    Dia memakai pakaian berlapis yang menyembunyikan identitinya.

    Dia membuat keputusan dan terus menuju ke kafe.

     

    Gambar Freepik

    Perayu menuang minyak tanah di dua tempat dan menyalakan api sebelum beredar.

    Dia kemudian membakar lapisan pakaian tambahan dengan sisa minyak tanah dan membuang selebihnya ke dalam sungai. Perayu kemudian kembali ke kafe dan seolah-olah bertindak tidak bersalah.

    Pihak polis ketika memeriksa rakaman CCTV kafe itu mengecam nombor plat kereta perayu.

    Siasatan lanjut membawa kepada polis menemui perayu di rumahnya dan dibawa ke balai polis untuk disiasat di mana dia mengaku melakukan kesalahannya itu.

    Mempengerusikan Mahkamah Rayuan, Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong, bersidang bersama Hakim Michael Peter Burrell dan Hakim Conrad Seagroatt, telah melihat bahawa pendekatan hakim yang menjatuhkan hukuman adalah wajar dalam menimbang kes atas faktor yang memburukkan.

    Peguam Robin Cheok Van Kee dari Tetuan (Messrs) Cheok mewakili perayu, dan di Mahkamah Perantaraan, cuba memujuk kedua-dua mahkamah untuk meluluskan perintah percubaan.

    Mahkamah Rayuan, selepas meneliti keadaan kes, menegaskan bahawa hukuman itu nyata tidak keterlaluan dan hukuman enam kali sebatan adalah mandatori oleh undang-undang dan tidak boleh dicampur tangan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda