Tuesday, April 22, 2025
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah semak semula hukuman pesalah gagal bayar denda

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Mahkamah Tinggi pada 1 Oktober lepas telah menyemak semula hukuman berdasarkan teknikal undang-undang selepas Majistret memindah kes itu ke Mahkamah Tinggi.

    Kes Mahkamah Majistret membabitkan Nur Khalifah bin Haji Hanipah, yang sedang menjalani hukuman penjara tiga tahun ketika itu, diperintahkan pada Ogos tahun lalu untuk menyelesaikan denda sebanyak $1,500 kerana mengambil dadah.

    Hukuman penjara akibat gagal membayar denda ialah penjara tiga bulan, yang diperintahkan berkuat kuasa serta-merta.

    Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong menyemak semula kes yang dikemukakan oleh Majistret berdasarkan persoalan yang timbul daripada keputusan itu iaitu, “Bolehkah hukuman penjara tambahan yang diperintahkan berjalan serentak dengan hukuman penjara sedia ada.”

    Ketua Hakim Negara memutuskan bahawa ia “mewajibkan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara jika gagal membayar denda yang akan dilaksanakan pada tamat tempoh hukuman penjara sedia ada yang sedang dijalani oleh pesalah.”

    Sekiranya tidak berbuat demikian, Ketua Hakim Negara memikirkan, ia akan menyebabkan pesalah mengambil sikap tidak peduli untuk membayar denda.

    Ketua Hakim Negara kemudiannya menolak keputusan Majistret dan memerintahkan hukuman tambahan itu berkuat kuasa selepas tamat tempoh hukuman penjara tiga tahun sedia ada yang dijalani oleh Nur Khalifah.

    Timbalan Pendakwa Raya Afyian Abdul Rahman mewakili Pendakwa Raya dalam membantu penyemakan jenayah tersebut.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda