BANGKOK, 23 MEI – Mahkamah tertinggi Thailand hari ini bersetuju untuk mempertimbangkan kes yang menuntut untuk menggu-lingkan Perdana Menteri (PM) Srettha Thavisin berhubung pelantikannya sebagai menteri kabinet yang mempunyai rekod jenayah.
Mahkamah Perlembagaan menerima petisyen untuk menyingkirkan Srettha daripada jawatannya, yang dikemukakan oleh 40 senator di bawah peraturan etika, tetapi ia menolak permohonan untuk menggantung tugasnya sebagai perdana menteri sementara kes itu dipertimbangkan.
Kes itu tertumpu kepada Pichit Chuenban, yang dilantik sebagai menteri dalam rombakan baru-baru ini, yang menjalani hukuman penjara enam bulan kerana sabitan menghina mahkamah pada 2008.
Pichit, bekas peguam yang mempunyai hubungan rapat dengan jutawan bekas perdana menteri Thaksin Shinawatra, meletak jawatan daripada jawatan kabinetnya pada Selasa untuk melindungi Srettha.
Para hakim mengundi 6-3 untuk menerima petisyen dan memberi Stretha 15 hari untuk memberi aklum balas terhadap kes itu.
Seramai 250 ahli senat Thailand sekarang telah dilantik oleh junta yang memerintah kerajaan itu selepas rampasan kuasa 2014.
Pilihan raya untuk memilih senator baharu akan diadakan selama tiga pusingan bulan depan.
Senat memainkan peranan penting dalam menentukan hasil pilihan raya umum tahun lalu, menghalang Pita Limjaroenrat, yang partinya Move Forward memenangi kerusi terbanyak, daripada menjadi perdana menteri.
Sebaliknya Srettha, daripada parti Pheu Thai pimpinan Thaksin, membentuk kerajaan gabungan dengan parti-parti berkaitan tentera. – AFP


