Tuesday, November 19, 2024
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah Syariah terima kunjungan hormat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 NOV – Mahkamah-mahkamah Syariah, Jabatan Kehakiman Negara, Jabatan Perdana Menteri hari ini menerima kunjungan hormat daripada Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Islam Iran di Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Mohammad Taghi Rajabi.

    Kunjungan hormat berlangsung di Tingkat 2, Bilik Persidangan Utama, Bangunan Mahkamah Besar dan Mahkamah-mahkamah Syariah, Bandar Seri Begawan.

    Semasa kunjungan tersebut, Ketua Hakim Syarie, Yang Amat Arif/Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Salim bin Haji Besar, berkesudian menerima kunjungan hormat TYT Mohammad Taghi Rajabi.

    Turut serta mengalu-alukan kunjungan tersebut hakim-hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Yang Arif Haji Hassan bin Haji Metali dan Yang Arif Haji Muhammad Bahrin bin Haji Alias serta Pemangku Ketua Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah dari Mahkamah Syariah.

    Semasa kunjungan itu, Yang Amat Arif/Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Paduka Seri Utama Dato Paduka Seri Setia Haji Salim mengambil peluang untuk bertukar-tukar pandangan dan pengalaman berhubung perkara berkaitan perundangan dan kehakiman.

    Dalam kesempatan tersebut juga, kedua-dua pihak telah bertukar-tukar cenderahati sebagai tanda hubungan baik antara kedua-dua pihak khasnya di antara Negara Brunei Darussalam dan Republik Islam Iran.

    Yang Amat Arif/Yang Berhormat Ketua Hakim Syarie bergambar ramai bersama TYT Mohammad Taghi Rajabi semasa kunjungan hormat itu, kelmarin.- GAMBAR SERAHAN MAHKAMAH RAYUAN SYARIAH
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda