Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Mahkamah tegas Belanda hentikan penghantaran alat ganti F-35 ke Israel

    THE HAGUE, 12 FEB – Belanda mesti berhenti menghantar alat ganti untuk jet pejuang F-35 yang digunakan oleh Israel di Semenanjung Gaza, selepas mahkamah Belanda hari ini memutuskan terdapat risiko yang jelas pesawat itu akan terlibat dalam pelanggaran undang-undang kemanusiaan antarabangsa.

    Mahkamah Rayuan di The Hague memihak kepada kumpulan pertubuhan hak asasi manusia yang berhujah bahawa bahagian-bahagian tersebut menyumbang kepada pelanggaran undang-undang oleh Israel dalam peperangan dengan pejuang Hamas.

    “Oleh itu mahkamah memerintahkan negara untuk menamatkan eksport selanjutnya bahagian F-35 ke Israel dalam masa 7 hari,” kata keputusan itu.

    “Terdapat risiko yang jelas bahawa pelanggaran serius terhadap undang-undang perang kemanusiaan dilakukan di Semenanjung Gaza dengan pesawat pejuang F-35 Israel,” tambah hakim.

    Alat ganti F-35 milik Amerika Syarikat (AS) disimpan di sebuah gudang di Belanda dan kemudian dihantar kepada beberapa rakan kongsi, termasuk Israel, melalui perjanjian eksport yang sedia ada. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...