Ahad, 23 November 2025
27.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah tertinggi Eropah bakal keluarkan keputusan iklim

    STRASBOURG, 7 APRIL – Mahkamah hak tertinggi Eropah esok akan mengeluarkan keputusan yang tidak pernah berlaku sebelumnya terhadap tiga kes berasingan mengenai tanggungjawab negara ketika menghadapi pemanasan global, keputusan yang boleh memaksa kerajaan untuk menerima pakai dasar iklim yang lebih bercita-cita tinggi.

    Mahkamah Hak Asasi Manusia Eropah (ECHR), sebahagian daripada 46 anggota Majlis Eropah, akan memutuskan sama ada dasar perubahan iklim kerajaan melanggar Konvensyen Eropah mengenai Hak Asasi Manusia, yang diselianya.

    Ketiga-tiga kes menuduh kerajaan Eropah tidak bertindak atau tindakan yang tidak mencukupi dalam langkah mereka terhadap pemanasan global.

    Sebagai tanda kepentingan isu tersebut, kesemua kes itu telah dianggap sebagai keutamaan oleh Dewan Besar ECHR, pihak tertinggi mahkamah, di mana 17 hakimnya boleh menetapkan undang-undang duluan yang penting.

    Ia akan menjadikannya kali pertama mahkamah mengeluarkan keputusan mengenai perubahan iklim.

    Walaupun beberapa negara Eropah, termasuk Perancis, telah dikutuk oleh mahkamah domestik kerana tidak memenuhi komitmen terhadap pemanasan global, ECHR boleh pergi lebih jauh dan membuat hak asasi baharu yang jelas.

    Cabarannya terletak pada ‘pengiktirafan hak individu dan kolektif terhadap iklim seberapa stabil mungkin, yang akan membentuk satu inovasi undang-undang yang penting,’ kata peguam dan bekas menteri alam sekitar Perancis, Corinne Lepage, yang membela salah satu kes. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda