PARIS, 25 Feb – Mahkamah Perancis pada hari Jumaat lepas telah mengenepikan aduan yang di buat oleh Apple menuntut pengharaman protes di kedai-kedai cawangan mereka yang dilakukan oleh kumpulan kempen cukai, Attac.
Attac telah mengadakan perjumpaan di kedai utama Apple di Paris pada 2 Disember lepas, menyekat akses selama beberapa jam dalam protes, pada apa yang mereka nyatakan adalah ‘pengelakan cukai besar-besaran’ yang dilakukan oleh syarikat teknologi gergasi dari Amerika Syarikat (AS) itu.
Apple berkata demonstrasi itu meletakkan risiko pelanggan dan pekerja mereka, serta meminta perintah mahkamah untuk menghalang para aktivis daripada melakukan protes berpanjangan di kedai-kedai mereka.
Attac sebelum ini mengadakan protes di kedai-kedai di Paris dan Aix-En-Provence pada bulan November lepas, menuntut Apple membayar berbilion-bilion euro.
Tetapi mahkamah Paris menolak tuntutan Apple bahawa memang protes itu terdapat risiko kerosakan terhadap Apple, namun selagi mereka aman dan tidak menyekat akses ke kedai Apple, mereka masih dapat melakukan protes.

Mahkamah menyatakan Apple tidak melaporkan apa-apa kerosakan dari protes di Paris yang berlangsung secara aman pada bulan Disember lepas.
Attac, yang merekodkan tuntutan saman terhadap hak untuk membantah, memuji keputusan itu.
“Mahkamah telah mengiktiraf legitimasi tindakan kami dan p mengatakan bahawa protes kami dilakukan secara umum,” kata jurucakap Attac, Raphael Pradeau.
Dia menambah kumpulan itu tidak bercadang untuk menghentikan protes terhadap syarikat itu. Sementara itu, Apple tidak memberi sebarang komen daripada itu. – AFP