Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah tolak rayuan hukuman lelaki ‘bersama’ sepupu bawah umur

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 DIS – Permohonan seorang lelaki tempatan yang meminta hukumannya dikurangkan telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi hari ini.

    Mahkamah mengesahkan penolakan itu wajar kerana lelaki tersebut juga menyedari perbuatan dilakukannya terhadap sepupunya yang masih muda itu menyalahi undang-undang.

    Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong telah meneliti kes lelaki berusia 34 tahun itu yang mengaku bersalah pada 25 Julai dan menerima hukuman penjara tiga tahun tiga kali sebatan.

    Timbalan Pendakwa Raya Nurul Fitri Kiprawi selaku responden, membantu mahkamah dan menyatakan fakta bahawa kesalahan itu berlaku pada 16 Julai lalu apabila mangsa berusia 15 tahun menumpang tidur seperti biasa di rumah keluarga itu, termasuk lelaki yang merupakan saudaranya.

    Kedua-duanya berbual pada malam itu yang membawa kepada percintaan dan berakhir dengan hubungan seks.

    Ketua Hakim Negara menolak permohonan itu selepas mengambil kira fakta bahawa pemohon melakukan hubungan seks dengan remaja yang muda separuh daripada usianya dan menyalahgunakan amanah kerana dia merupakan saudara mangsa.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda