Sunday, July 13, 2025
30.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah tolak rayuan hukuman remaja rompak guna pisau

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 JULAI – Mahkamah Rayuan telah menolak rayuan seorang bekas pembantu hospital berusia 18 tahun untuk mengurangkan hukuman penjara atas kesalahan rompakan menggunakan pisau.

    Rayuan ditolak dengan keputusan bahawa tempoh yang dikenakan oleh Mahkamah Pertengahan adalah sesuai dan tidak keterlaluan.

    Muhammad Danish Ilya Zunnurain bin Abdullah telah merayu terhadap hukuman penjara empat tahun tujuh bulan dengan 12 sebatan kerana merompak juruwang kedai serbaneka dengan menggunakan pisau di awal pagi 10 Januari 2024.

    Mahkamah, diketuai oleh Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong, diapit oleh Hakim Michael Peter Lunn dan Edward Lunn

    Timothy Starbuck Woolley, mendapati bahawa hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Harnita Zelda Skinner menyerlahkan kesan dan perancangan yang terlibat dalam kesalahan itu.

    Menurut fakta kes Timbalan Pendakwa Raya Emily Goh, pesalah memandu ke Gadong dengan kereta ibu saudaranya yang dipasang dengan nombor plat palsu. Dia meletak kereta di luar kedai serbaneka sebelum masuk dan berunding untuk mendapat diskaun sebelum membeli minuman dan gula-gula.

    Setelah itu, pesalah kemudian mengeluarkan dan mengacukan pisau dari poket serta meminta wang daripada juruwang. Dia melarikan diri dengan $310 dan cuba mencuri telefon bimbit juruwang itu tetapi tidak berjaya.

    Kemudian pesalah telah ditangkap polis dan mengaku melakukan rompakan tersebut serta mendedahkan lokasi plat nombor palsu yang dibuang. Dia juga memulangkan wang yang dirompak sepenuhnya. Dia tidak mempunyai sabitan terdahulu.

    Semasa menjatuhkan hukuman, Hakim mengambil maklum akan usia pesalah yang masih muda, pengakuan bersalah awal dan pengembalian wang rompakan tetapi juga menekankan sifat jenayah yang dirancang dan penggunaan pisau dalam rompakan yang berbahaya.

    Peguam pesalah, Daud Ismail berhujah menyatakan hukuman adalah keterlaluan dan mendapatkan Perintah Khidmat Masyarakat di bawah Akta Pesalah (Percubaan dan Khidmat Masyarakat) dengan memetik kes Maimun Bte Hj Omar lawan Pendakwa Raya. Beliau turut berhujah bahawa pesalah dibesarkan dalam keadaan yang susah rayu serta mempunyai rekod bersih menjadikannya layak diberi hukuman tanpa tahanan.

    Walau bagaimanapun, panel rayuan memutuskan hujah tidak terpakai kerana ia melibatkan keadaan yang sangat berbeza, termasuk kesalahan berusia sedekad dan kelewatan prosedur yang ketara. Mahkamah mendapati bahawa rompakan dijalankan secara sengaja, berbahaya dan memerlukan hukuman pencegahan.

    Mahkamah juga mengambil maklum bahawa pisau yang digunakan adalah pisau dapur biasa dengan mata tajam dan diakui sangat berbahaya.

    “Hakim berhak untuk memandang serius kesalahan dan menjatuhkan hukuman dengan kesan pencegahan demi kepentingan awam yang lebih luas,” kata Mahkamah dalam keputusan yang meolak rayuan tersebut.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda