Oleh Ak Zaki Kasharan
BANDAR SERI BEGAWAN, 28 MAC – Mahkamah Tinggi pada Khamis lalu telah menolak rayuan untuk memberi lebih banyak masa untuk menyelesaikan denda dalam kes penyelewengan.
Noorhayati binti Haji Ahmad mengaku bersalah di Mahkamah Majistret pada 14 November 2020 kerana menyalahgunakan wang berjumlah $26,034.40 dari City Mobile Enterprise semasa bekerja sebagai kerani.
Mahkamah Majistret menjatuhkan hukuman kepada Noorhayati untuk melunaskan denda sebanyak $5,000, atau menjalani hukuman penjara lima bulan jika gagal membayarnnya dalam tempoh tiga bulan. Ketua Hakim Negara, Dato Seri Paduka Steven Chong mengendalikan rayuan tersebut sementara Timbalan Pendakwa Raya Affyian Abdul Rahman sebagai responden.