Saturday, May 10, 2025
31.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah tolak rayuan pencuri

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 NOV – Mahkamah Rayuan pada 26 November lepas telah menolak permohonan seorang pencuri yang merayu untuk mendapatkan pengurangan hukuman terhadapnya.

    Presiden Mahkamah Rayuan Michael Peter Burrel, yang bersidang bersama Hakim Conrad Seagroatt dan Michael Lunn, melihat bahawa hakim yang menjatuhkan hukuman telah memberikan pengurangan pada awalnya sebelum menjatuhkan hukuman penjara empat tahun dua bulan, dengan dua kali sebatan kepada Awangku Mohd Ibnu bin Pengiran Haji Othman pada 20 April 2021.

    Pengurangan hukuman itu mengambil kira pengakuan defendan memecah masuk rumah pada mulanya dan hanya menukar pengakuannya apabila kes perbicaraan hampir selesai.

    “Kami menganggap keputusan hakim untuk mengurangkan separuh pengurangan biasa daripada satu pertiga kepada satu perenam adalah wajar dan adil dalam semua keadaan,” kata Mahkamah Rayuan.

    Perayu sebelum itu menceroboh masuk ke sebuah rumah dengan memakai topeng pada lewat malam 1 September 2020 sambil ditemani seorang lagi.

    Dia kemudiannya mencuri barangan berharga dari rumah, kunci, kereta gajet dan wang tunai.

    Pemilik rumah dan rakaman CCTV membantu polis yang membawa kepada penahanan perayu.

    Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Norsuzanawati binti Pengiran Haji Abas dan Pendakwa Raya Syazwani binti Jumat membantu Mahkamah Rayuan dalam menjawab kepada permohonan Awangku Mohd Ibnu.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda