Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah tolak rayuan pesalah kastam

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 24 APRIL – Mahkamah Tinggi pada 18 April lalu telah menolak permohonan pesalah kastam bagi mendapatkan pengurangan denda dan penyelesaian secara ansuran bulanan.

    Ketua Hakim Negara Dato Seri Paduka Steven Chong tidak melihat sebarang merit dalam memberikan permohonan Arinah binti Ali untuk mengurangkan denda sebanyak $29,000, yang diperintahkan untuk dilunaskan dalam tempoh lapan bulan mulai 5 Januari dan akan menjalani hukuman penjara 15 bulan jika gagal membayar denda tersebut.

    Dia ditangkap bersama beberapa karton rokok yang tidak diisytiharkan di rumahnya dan didapati menjualnya.

    Pendakwa Syafina Abdul Hadzid dalam menjawab perayu mendedahkan bahawa dia mempunyai sabitan yang sama sebelum ini pada 2017.

    Ketua Hakim Negara seterusnya mendapati denda yang dikenakan adalah wajar dan bersetuju dengan responden bahawa pemberian pelan ansuran bayaran bulanan $250 akan mengambil masa sembilan tahun perayu untuk melunaskannya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda