Saturday, March 1, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah tutup kes letusan gunung berapi libatkan pelancong

    SYDNEY, 28 FEB – Mahkamah Tinggi New Zealand hari ini menutup kes terhadap sebuah syarikat yang mana pada 2019 dituduh memberikan pelancong akses ke sebuah pulau gunung berapi yang meletus dan telah mengorbankan 22 orang.

    Kira-kira 47 orang berada di White Island – juga dikenali dalam bahasa Maori sebagai Whakaari – pada Disember 2019 apabila gunung berapi itu meletus.

    Letusan maut itu turut meninggalkan 25 orang dengan luka bakar.

    Whakaari Management Limited – yang memberikan kebenaran untuk melawat pulau itu – didapati bersalah kerana melanggar kewajipan keselamatannya dan diarah membayar ganti rugi AS$2.7 juta.

    Hakim Mahkamah Tinggi, Simon Moore hari ini menutup kes itu, mendapati syarikat tersebut tidak bertanggungjawab terhadap keselamatan para pelancong di gunung berapi itu.

    Sebaliknya, Moore berkata pengendali komersial yang membawa pelancong keluar ke pulau itu bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan mereka sendiri ke atas keselamatan pelancong.

    “Seramai 47 orang yang berada di Whakaari pada masa ia meletus sepatutnya tidak berada di sana,” kata Moore dalam laporan bertulis.

    Letusan di luar pantai Pulau Utara negara itu mendorong operasi perubatan besar-besaran yang menyaksi mangsa dirawat di unit luka bakar di seluruh New Zealand dan Australia. – AFP

    Gambar Envato

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda