Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah UK dakwa Apple salah guna kedudukan App Store

    LONDON, 24 OKT – Apple kalah dalam satu tuntutan mahkamah di United Kingdom kelmarin yang menuduh gergasi teknologi Amerika Syarikat (AS) itu menyalahgunakan kedudukan dominan App Store miliknya, dengan pihak menuntut berusaha mendapatkan ganti rugi melebihi AS$2 bilion.

    Tribunal Rayuan Persaingan mendapati Apple telah menutup ruang persaingan dalam pasaran pengedaran aplikasi dan mengenakan komisen yang ‘berlebihan serta tidak adil’ terhadap pencipta aplikasi.

    Apple dalam kenyataannya berkata pihaknya ‘sangat tidak bersetuju’ dengan keputusan tersebut dan berhasrat untuk membuat rayuan.

    Kes itu difailkan oleh pensyarah King’s College London, Rachael Kent bersama firma guaman Hausfeld & Co bagi pihak berjuta-juta pengguna iPhone dan iPad di United Kingdom (UK).

    Menurut undang-undang UK, dalam kelas tindakan seperti ini, semua individu yang berpotensi terjejas akan dimasukkan secara automatik dalam prosiding dan boleh menerima pampasan sekiranya berjaya, kecuali mereka memilih untuk menarik diri. – AFP

    Seorang pelanggan tiba untuk membeli iPhone 17 yang baru dilancarkan di Apple Hebbal, Bengaluru pada 19 September. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda