Sabtu, 22 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahkamah umum tarikh sebutan semula kes mekanik bunuh kanak-kanak

    KUCHING, 21 NOV – Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 7 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes seorang mekanik yang didakwa membunuh seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun di Kampung Rampangi, Santubong, Sarawak, awal bulan lepas.

    Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali menetapkan tarikh berkenaan selepas Timbalan Pendakwa Raya, Chuah Kai Sheng, memaklumkan bahawa laporan bedah siasat mangsa masih belum diperoleh.

    Mohammad Shukri Ryan, 32, yang tidak diwakili peguam didakwa membunuh Nurzahieyka Zainuddin, di rumah di Kampung Rampangi, Jalan Sultan Tengah pada 7:45 malam, 7 Oktober lepas.

    Pendakwaan dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun serta sebatan tidak kurang 12 kali, jika sabit kesalahan.

    Difahamkan mangsa merupakan anak kepada rakan wanita tertuduh. – Bernama

    Mohammad Shukri Ryan didakwa membunuh seorang kanak-kanak perempuan kenalan wanitanya yang berusia tiga tahun di Kampung Rampangi, Santubong, awal bulan lepas. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda