Saturday, December 21, 2024
24 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mahmoud Abbas seru tindakan segera hentikan pencerobohan Israel

    RAMALLAH, 3 OKT – Presiden Palestin, Mahmoud Abbas berkata bahawa Negara Palestin berusaha untuk menamatkan pendudukan dan menghentikan pencerobohan Israel di Semenanjung Gaza, lapor agensi berita dan maklumat Palestin (WAFA).

    Pencerobohan di Gaza, Tebing Barat dan Baitulmaqdis perlu dihentikan sepenuhnya bagi menamatkan pendudukan ke atas Negara Palestin dengan ibu negaranya di Baitulmaqdis Timur, kata Abbas.

    Dalam ucapannya pada Sidang Kemuncak Ketiga Dialog Kerjasama Asia di Doha, Abbas berkata bahawa walaupun berdepan kesulitan yang ditimbulkan oleh pendudukan, atlet Palestin seperti rakyat mereka yang lain, terus gigih dan tabah mencapai kejayaan yang membanggakan.

    Negara Palestin juga mengamalkan diplomasi sukan melalui penyertaannya dalam semua forum sukan antarabangsa.

    “Sidang kemuncak ini diadakan ketika rantau ini sedang menghadapi bahaya besar akibat keengganan Israel menghentikan pendekatan keganasan dan pencerobohan.

    “Rakyat Palestin, termasuk atlet kami serta rakyat Lubnan, kini menjadi mangsa pencerobohan kejam Israel, yang meragut ribuan nyawa kanak-kanak, wanita, dan warga emas,” kata presiden itu. – Bernama

    Gambar AP

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda