Friday, April 26, 2024
24.5 C
Brunei

    -

    Mahu ikut jejak ibu bapa jadi doktor

    KOTA KINABALU, 8 JUN – Meminati bidang perubatan dan mahu mengikuti jejak ibu bapa, menjadi faktor utama mendorong Arief Syafiq Ajie

    Prasastie belajar bersungguh-sungguh, sehingga berjaya menjadi pelajar cemerlang Kategori A Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 Sabah, dengan keputusan 8 (A+), 3 (A) dan 1 (A-).

    Anak kedua daripada empat beradik itu juga, merupakan pelajar terbaik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kota Kinabalu, dalam pengumuman keputusan SPM Sabah oleh Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan dan Perancangan Jabatan Pendidikan Sabah, Mohd Zaini Yanin, yang diadakan di sekolah berkenaan hari ini.

    Arief Syafiq berkata dia menjadikan kedua ibu bapanya iaitu Dr Ajie Prasastie, 48, seorang doktor dan memiliki dua buah klinik yang terletak di sekitar bandar raya Kota Kinabalu, serta ibunya Dr Saliz Mazrina Shaharom, 48, yang merupakan pakar darah di Hospital Queen Elizabeth 1 sebagai teladan, sehingga dia bertekad mahu mengikut jejak mereka.

    “Kedua-dua mereka sentiasa memberikan saya dorongan, agar menjadi pelajar yang terbaik yang tidak pernah lupa kepada ajaran guru dan ibu bapa.

    “Tiada rahsia utama saya untuk berjaya, namun dalam agama, saya sentiasa mengikuti amalan yang betul iaitu solat mengikut masa yang ditetapkan dan dalam pelajaran, saya sentiasa mendengar apa yang disampaikan oleh guru,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...