Diana Danielle sedia mempromosikan filem seram arahan Joel Soh berjudul Baran biarpun suami, Farid Kamil, yang berlakon bersama dalam naskhah itu, turut serta dalam program berkenaan.
Diana lebih gemar mengambil pendekatan profesional kerana enggan mencampur aduk urusan kerja dan peribadi, lapor BH Online.
“Saya tiada masalah hendak mempromosikan Baran. Jika ada syarikat produksi tawarkan kami berlakon bersama, saya terima.
“Sebagai pelakon, saya akui Farid berkaliber. Sesiapa sahaja yang digandingkan dengan Farid pasti sangat beruntung.
“Dia berbakat, lagipun Farid sudah bina nama dengan lama dalam bidang lakonan.
“Bagi saya dunia ini kecil. Pusing-pusing, jumpa orang sama. Jadi, saya sangat berbesar hati dan sanggup menimbang jika ditawarkan berlakon bersama Farid selepas ini,” katanya ditemui di majlis berinai pelakon filem Pulau, Sajna Suri, baru-baru ini.
Diana yang tidak lagi tinggal sebumbung dengan Farid berikutan proses perceraian, memuji sikap suami yang sangat mengambil berat hal anak-anak. – Agensi