TORONTO, KANADA, 12 OGOS – Pemain kelahiran Brazil, Beatriz Haddad Maia, membuat kejutan apabila berjaya menewaskan ranking nombor satu dunia, Iga Swiatek 6-4, 3-6, 7-5 dalam perlawanan suku akhir WTA Toronto Masters.
Maia yang menduduki ranking ke-24 berjaya menewaskan tiga lawannya yang berada di 10 teratas pada musim ini, tetapi ini adalah kejayaan pertamanya ke atas pemain nomber satu dalam aksi selama tiga jam.
Maia merupakan pemain pertama dari Brazil yang bersaing dengan Iga Swiatek apabila Telian Pereira tewas kepada Serena Williams dalam perlawanan Roland Garros 2016.
Swiatek, yang meraih enam gelaran termasuk dalam kejohanan Terbuka Perancis, terlepas peluang untuk menang perlawanan kali ke-50 tahun, di mana kekalahan itu dicatat dua minggu sebelum Terbuka AS berlangsung.
“Pada awalnya, saya bergelut untuk mencari rentak permainan, mungkin kerana Haia seorang kidal dan saya mempunyai kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan pukulannya,” kata Swiatek.
“Ditambah lagi dengan cuaca sangat berangin, susah untuk saya bermain.”
“Pada set ketiga, saya tahu saya membuat kesilapan. Jadi saya tahu apa yang perlu diperbaiki untuk perlawanan seterusnya.”
Sementara itu, Haia merasa bangga dan berkata kemenangan yang diperolehinya merupakan satu detik yang istimewa.
“Bukan sesuatu yang mudah untuk menewaskan pemain nombor satu dalam perlawanan antarabangsa.” – AFP
