Ahad, 23 November 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Maia Estianty ingin kekal berjauhan Ahmad Dhani

    Walaupun sudah tiada dendam, penyanyi Maia Estianty tetap dengan pendirian menjauhkan diri daripada bekas suaminya iaitu komposer terkenal Ahmad Dhani.

    Kata Maia, 48, dia tidak melihat sebarang keperluan menjalinkan hubungan baik dengan Ahmad Dhani agar luka lamanya tidak kembali berdarah.

    “Saya sama sekali tiada niat untuk berbaik dengan dia sebab lebih baik jangan rapat sangat supaya lebih mudah untuk saya pulih semula. Kalau jumpa saya takut hubungan jadi kembali tegang, lebih baik tak payah!,” katanya.

    Pun begitu, Maia berkata, dia sudah lama memaafkan semua perbuatan Ahmad Dhani dan menyifatkan apa yang berlaku adalah perkara silam. Malah dia sentiasa berpesan kepada anak-anaknya agar mendoakan ibu tiri mereka yang juga bekas teman baiknya, Mulan Jameela.

    “Saya selalu pesan agar doakan isteri ayah mereka sebab dia juga sudah banyak membantu menjaga mereka semua,” katanya.

    Untuk rekod, Maia dan Ahmad Dhani bercerai pada 2008 berpunca daripada orang ketiganya iaitu Mulan Jameela. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan tiga cahaya mata lelaki iaitu Ahmad Al Ghazali, 24, Ahmad El Jallaluddin Rumi, 22 dan Dul Jaelani, 21. Maia kemudiannya berkahwin dengan Irwan Mussry pada 29 Oktober 2018 di di Masjid Camii Tokyo, Jepun. – Agensi

    Maia (kanan) enggan berbaik demi menyembuhkan luka lamanya.- mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda