Jumaat, 21 November 2025
Klik Lagi

    Main mercun di kawasan bahaya

    Semasa musim raya baru-baru ini, saya mengisi minyak di sebuah stesen minyak.

    Apa yang memeranjatkan, saya terdengar seperti sekumpulan orang sedang bermain mercun, betul-betul di belakang stesen tersebut.

    Saya rasa khuatir dengan bunyi mercun roket terbang beberapa kali dan meletup di udara. Bagaimana sekiranya mercun tersebut tersasar dan menuju ke pam minyak?

    Sedangkan banyak langkah keselamatan harus dipatuhi semasa mengisi minyak.

    Antaranya enjin kereta harus dimatikan, jangan guna telefon bimbit, dilarang merokok, maka sudah pastilah main mercun roket tidak dibenarkan sama sekali.

    Namun saya perhatikan petugas-petugas dengan selamba membiarkan tanpa apa-apa tindakan seolah-olah tiada apa yang berlaku. Sementara saya pula mahu segera beredar dari kawasan tersebut sebelum apa-apa yang buruk terjadi. Saya harap orang ramai perlu peka dan mematuhi undang-undang.

    Usahlah bermain mercun yang sememangnya tidak dibenarkan di negara ini, lebih-lebih lagi di belakang stesen minyak.

    Di samping itu, para pemilik pam minyak perlu menitikberatkan keselamatan dan menekankan kesedaran kepada petugas-petugas akan bahaya mercun.

    Rahmat

    Gambar Unsplash

    Kata Kunci

    Popular

    Nasional

    BMC anjur kempen derma darah

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    Berita Berkaitan

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Sinaran Mas raikan graduasi dan ulang tahun ke-30

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Terkini

    BMC anjur kempen derma darah

    Oleh Salawati Haji Yahya BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    36 individu ditahan dalam Ops Tapis di Sibu

    SIBU, 21 NOV - Polis Daerah Sibu berjaya menahan...

    Lukisan Frida Kahlo dilelong AS$54.6 juta

    NEW YORK, 21 NOV – Sebuah potret diri oleh...

    Gempa bumi magnitud 5.5 landa Bangladesh

    DHAKA, 21 NOV — Gempa bumi dengan magnitud awal...