Oleh Amri HTZ MEMELIHARA binatang peliharaan merupakan suatu hobi yang begitu seronok bagi seorang pencinta binatang. Haiwan seperti kucing merupakan binatang yang sangat popular untuk dijadikan haiwan peliharaan memandangkan sifatnya yang jinak, manja dan serasi dalam persekitaran kehidupan manusia. Bagi sesetengah peminat kucing, sudah menjadi kebiasaan untuk menyediakan kucing-kucing mereka dengan pelbagai jenis alat