Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Mainor Azizi juara Beyblade X 3 On 3

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 OKT – Mainor Azizi bin Haji Maidin daripada Pasukan DBos Beys (DB) berjaya membawa pulang hadiah utama sebuah peti ais setelah dinobatkan sebagai juara pertandingan Beyblade X 3 On 3.

    Beliau telah berjaya menewaskan Ajwadi Khair bin Haji Tahir dari Pasukan Brothers Geng Bladers (BGB) dalam perlawanan akhir Beyblade X, 3 on 3 anjuran BGB yang diadakan di Teratak DBos Kampung Panchor Mengkubau, baru-baru ini.

    Manakala di tempat ketiga disandang  Haris Abdullah dari Pasukan Jakusha Bladers (JB) setelah berjaya menewaskan Ajwadi Khair bin Haji Tahir dari Pasukan Brothers Geng Bladers (BGB)

     Bagi pemenang saguhati top 8 pula disandang oleh Mohammad Aqim bin Haji Matsah (BGB) Sharizmi Hanis bin Haji Sharbini (JB), Muhd. Aqil Atthar bin Mohammad Aqim (BGB) and Mohammad Nazib bin Haji Ali (DB).

     Sementara itu kedudukan dalam Liga Beyblade Brunei Darussalam musim 2025-2026, Pasukan DBos Beys telah berjaya memperolehi 61 mata setelah mengatasi Pasukan Jakusha Bladers yang memperolehi 59 mata di ikuti Pasukan Brothers Geng Bladers yang mengutip 57 mata, di ikuti Pasukan Undergroundz X mengutip 21 mata.

    Mainor Azizi bin Haji Maidin daripada Pasukan DBos Beys (DB) juara perlawanan akhir Beyblade X membawa pulang hadiah sebuah peti ais.
    Gambar serahan DBos Beys Beyblade BD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda