Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Majalah larang artikel ditulis ChatGPT

    PARIS, 22 FEB – Sebuah majalah cereka sains Amerika berkata ia telah berhenti menerima penyerahan sumbangan dan melarang ratusan penulis selepas dibanjiri dengan artikel yang ditulis oleh bot kecerdasan buatan (AI).

    Kepopularan alat AI seperti ChatGPT, yang boleh menghasilkan teks dalam bahasa asli dalam pelbagai gaya, telah mencetuskan kebimbangan dalam kebanyakan sektor, terutamanya berhubung penjiplakan dan penipuan dalam peperiksaan.

    ChatGPT dilancarkan pada November oleh firma AS OpenAI dan telah membawa kepada perjanjian bernilai berbilion dolar dengan Microsoft dan berjanji akan merevolusikan pasaran carian internet.

    Namun Neil Clarke, penyunting majalah fantasi dan cereka sains Clarksworld, memberitahu pengikutnya di Twitter semalam bahawa dia telah mengharamkan lebih 500 penulis pada Februari berhubung ‘penyerahan artikel yang dihasilkan oleh mesin itu.’

    Sebelum ChatGPT, beliau berkata majalahnya hanya melarang beberapa penulis setiap bulan, kebanyakannya atas penjiplakan.

    “Garis panduan kami telah pun menyatakan bahawa kami tidak mahu karya ditulis ‘AI’,” katanya di Twitter. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...