
Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Sept – Atlet muda wushu Negara Brunei Darussalam, Majdurano Joel bin Majalah Sain mengharumkan nama negara apabila beliau berjaya meraih pingat emas dalam acara Nan Dao di Kejohanan Wushu Junior Asia ke-9 yang berlangsung di Gumi, Republik Korea, hari ini.
Di samping itu, Majdurano Joel turut berjaya mengutip pingat perak dalam acara Nan Quan, kelmarin dalam kejohanan berkenaan.
Menurut jurulatih wushu negara, Li Hui, kejayaan itu amat bermakna bagi kontinjen berkenaan serta menyatakan penghargaan kepada semua pihak yang berkenaan di atas sokongan berterusan kepada perkembangan dan pembangunan atlet serta sukan wushu di Brunei Darussalam.
– (Ikuti berita lanjut dalam Media Permata)
http://digital.mediapermata.com.bn