Friday, April 26, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Majikan didapati gagal sediakan tempat tinggal teratur

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 NOV – Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh mendapati seorang majikan tidak menyediakan tempat tinggal yang teratur semasa menjalankan Operasi Sejahtera 179/2022 di kawasan Kampung Jerudong pada 1 November lalu.

    Semasa operasi tersebut, Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang mendapati majikan tidak menyediakan tempat tinggal yang teratur dimana bilik pekerja adalah dalam keadaan sempit, tidak bersih dan tidak selesa.

    Dapatan itu adalah hasil pemeriksaan Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang, Jabatan Buruh yang telah menjalankan Operasi Sejahtera 179/2022 di Kampung Jerudong dengan tujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Perintah Pekerjaan 2009 dipatuhi oleh majikan.

    Menurut jabatan itu, majikan tersebut telah melakukan kesalahan di bawah Perintah Pekerjaan 2009 khususnya Bab 80 iaitu gagal menyediakan tempat tinggal yang bersih, selesa dan selamat, Bab 81 iaitu tempat tinggal tidak menurut peruntukan sebarang undang-undang yang bertulis serta Bab 82 iaitu gagal menyediakan kelengkapan pertolongan cemas.

    Jika sabit kesalahan, majikan yang menggaji boleh dikenakan denda kompaun sebanyak $600 bagi kesalahan pertama dan $900 bagi kesalahan kedua. Majikan juga diarahkan untuk memindahkan pekerja-pekerja berkenaan ke tempat tinggal yang mematuhi piawaian dengan segera.

    Jabatan berkenaan mengingatkan majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal pekerja selaras dengan kehendak Perintah Pekerjaan, 2009 seperti penyediaan kontrak pekerjaan dan pembayaran gaji tepat pada waktunya.

    Para majikan juga dinasihatkan untuk tidak menyalahgunakan Lesen Pekerja Asing dan melanggar akta di bawah Perintah Pekerjaan 2009.

    Orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lebih lanjut boleh berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja atau 7298989 di luar waktu bekerja.

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan pemeriksaan.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...