Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majikan gagal bayar penuh hak cuti bersalin

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JUN – Dua kesalahan telah didapati semasa Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang (BPU), Jabatan Buruh menjalankan Operasi Waspada 113/2025 di sebuah syarikat menjual kereta di Kampung Menglait pada 10 Jun lalu.

    Menurut kenyataan, kesalahan-kesalahan tersebut di bawah Akta Pekerjaan, Penggal 278 yang dipercayai dilakukan oleh majikan; iaitu Bab 82, majikan gagal menyediakan alat pertolongan cemas; dan Bab 91, majikan gagal membayar penuh hak cuti bersalin mengikut peraturan yang telah ditetapkan di mana pekerja wanita yang sewaktu menjalani tempoh cuti bersalin hanya dibayar separuh daripada cuti bersalin tersebut.

    Siasatan lanjut akan dijalankan bagi kesalahan melanggar Akta Pekerjaan, Penggal 278, jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi tiap-tiap kesalahan.

    Jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Operasi Waspada itu bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Akta Pekerjaan, Penggal 278 dipatuhi oleh para majikan.

    Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Akta Pekerjaan, Penggal 278 seperti menyediakan alat pertolongan cemas di premis-premis dan membayar hak cuti bersalin bagi pekerja-pekerja tempatan dan asing mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

    Untuk makluman lebih lanjut bolehlah hubungi Jabatan Buruh di talian 2381848 semasa waktu bekerja atau 7298989 di luar waktu bekerja.

    Pegawai penguat kuasa semasa menjalankan operasi di Kampung Menglait. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH
    Pemeriksaan dijalankan di premis perniagaan berkenaan. – GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda