Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majikan gagal beri cuti, didapati bersalah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 OKT – Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh Cawangan Daerah Belait telah menjalankan Operasi Waspada 191/2025 di Mukim Kuala Belait pada 4 Oktober lalu dengan tujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Akta Pekerjaan, penggal 278 dipatuhi oleh para majikan.

    Pemeriksaan ke atas kegiatan Kedai Membuat Minuman dan Makanan telah mendapati sebanyak tiga kesalahan di bawah Akta Pekerjaan, Penggal 278 yang dipercayai dilakukan oleh majikan iaitu, Bab 70 Gagal memberikan cuti pada hari kelepasan awam yang diwartakan, Bab 71 Gagal memberikan cuti tahunan dan Bab 86 Gagal menyediakan alat pemadam api.

    Siasatan lanjut akan dijalankan bagi kesalahan melanggar Akta Pekerjaan, Penggal 278, jika sabit kesalahan, majikan boleh dikenakan denda kompaun tidak lebih daripada $1,000 bagi tiap-tiap kesalahan. Jika gagal membayar denda kompaun tersebut, majikan akan dihadapkan ke mahkamah.

    Sehubungan dengan itu, Jabatan Buruh ingin mengingatkan kepada majikan supaya sentiasa memantau hal ehwal kebajikan pekerja selaras dengan kehendak Akta Pekerjaan, Penggal 278 seperti pembayaran gaji tepat pada waktunya, memberikan cuti pada hari kelepasan awam yang telah diwartakan, memberikan cuti sakit yang disahkan oleh pengamal perubatan dan memberikan hak cuti tahunan kepada pekerja serta membiayai tiket balik pekerja yang sudah tamat kontrak pekhidmatan.

    Makluman lanjut boleh didapati melalui berhubung dengan Jabatan Buruh di talian 2381848 (semasa waktu bekerja) atau 7298989 (di luar waktu bekerja).

    Semua di atas: Antara suasana semasa operasi berkenaan. – GAMBAR–GAMBAR SERAHAN JABATAN BURUH

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda