BELAIT, 3 JUN – Sebanyak lima kesalahan telah dikesan semasa Operasi Waspada 107/2025 yang dijalankan oleh Jabatan Buruh Cawangan Daerah Belait, yang tertumpu di premis pengurusan dan kitar semula di sekitar Mukim Kuala Belait. Operasi tersebut bertujuan untuk menguatkuasakan dan memastikan Akta Pekerjaan, Penggal 278 dipatuhi oleh para majikan. Kesalahan yang dipercayai dilakukan oleh majikan

