Friday, December 27, 2024
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majikan wajib sediakan tempat tinggal pekerja

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 OKT – Masih banyak majikan yang tidak mengikut Perintah Pekerjaan iaitu menyediakan tempat tinggal pekerja asing dengan lebih teratur.

    Isu tempat tinggal untuk pekerja ini merupakan salah satu perkara yang dihadapi oleh pekerja asing di negara ini.

    Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Pehin Orang Kaya Seri Kerna Dato Seri Setia (Dr) Haji Awang Abu Bakar bin Haji Apong menerangkan salah satu isu yang dihadapi oleh pekerja asing di negara ini semasa sidang media di Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Pehin seterusnya menjelaskan, sejak Operasi Pulih dikuatkuasakan, pihak berkuasa dapat melihat tempat tinggal pekerja asing dan mengikut Perintah Pekerjaan, menjadi tanggungjawab majikan untuk menyediakan tempat tinggal kepada pekerja mereka.

    Menurutnya lagi, ada juga majikan yang menyewakan rumah dan rumah berkenaan dihuni dengan bilangan keramai-an lebih daripada sepatutnya.

    Beliau berkata, perkara berkenaan didapati dalam operasi Jabatan Buruh atau operasi bersepadu yang telah dilaksanakan, malah ada juga di antaranya (majikan) membuat tambahan pada rumah tersebut yang tidak mendapat kelulusan dari ABCi.

    Selain isu tempat tinggal pekerja asing, Jabatan Buruh turut menerima masalah pekerja yang tidak dibayar gaji dan sebagainya di mana dalam perkara berkenaan, pihak jabatan akan memanggil majikan untuk menyelesaikannya.

    Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri semasa memberi penjelasan dalam sidang media yang berlangsung kelmarin. – Gambar Oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda