Sunday, September 8, 2024
22.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Aidilfitri peluang terbaik tukar-tukar pandangan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 APRIL – Balai Polis Muara kelmarin, telah mengadakan Majlis Aidilfitri bersama Majlis Perundingan Kampung (MPK) dan Biro Wanita Kawasan 2 Rancangan Perumahan Negara (RPN) Kampung Mentiri.

    Hadir pada majlis itu ialah Pegawai Menguasa Balai Polis Muara, C/Inspektor Awang Muhamad Izzat bin Haji Ramle dan Pemangku Ketua Kampung RPN Kawasan II Kampung Mentiri, Haji Nizam bin Haji Julaihi.

    Majlis berkenaan merupakan program Balai Polis Muara dalam melaksanakan pendekatan bersama MPK dan penduduk kampung.

    Ia juga merupakan peluang terbaik bagi kedua-dua belah pihak bertukar-tukar pandangan dan perancangan mengenai aktiviti-aktiviti yang diatur bersama dengan pasukan pengawasan kejiranan dan MPK di kawasan berkenaan.

    Gambar ramai pada majlis tersebut bersama C/Inspektor Awang Muhamad Izzat dan Haji Nizam. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda