Friday, January 24, 2025
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis angkat sumpah Trump, Meta sumbang AS$1 juta

    NEW YORK, 13 DIS – Gergasi media sosial Meta, menyumbang AS$1 juta kepada dana bagi majlis angkat sumpah Presiden terpilih Donald Trump, ketika syarikat itu berusaha memperbaiki hubungan menjelang penggal kedua pentadbirannya yang mungkin memperkenalkan peraturan baharu terhadap media sosial, lapor USA Today, kelmarin.

    “Derma ini merupakan langkah terkini oleh Ketua Pegawai Eksekutif Meta, Mark Zuckerberg yang menunjukkan hasratnya untuk bekerjasama dengan Trump,” menurut laporan yang dipetik oleh Xinhua.

    Zuckerberg dilaporkan berusaha memulihkan hubungannya dengan Trump dan pemimpin Republikan lain sejak beberapa bulan lalu, selepas menerima kritikan pada 2021 kerana menyekat bekas presiden itu daripada platform Meta susulan insiden serangan di Capitol AS pada 6 Januari 2021.

    Trump, sebaliknya, kerap mengecam Meta dan dalam satu temu bual awal tahun ini menyifatkan laman Facebook sebagai ‘musuh rakyat,’ menurut laporan itu. – Bernama

    Gambar fail bertarikh 25 September 2024 menunjukkan Zuckerberg bercakap tentang cermin mata Orion AR semasa persidangan Meta Connect, di Menlo Park, California. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda