Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis anugerah PBBA raikan peniaga tempatan

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 MEI – Proudly Brunei Business Award (PBBA) 2025 telah mengadakan majlis anugerah malam kelmarin dengan tema Berkolaborasi untuk Pertumbuhan, Inovasi untuk Kejayaan bagi meraikan peniaga tempatan yang menunjukkan prestasi luar biasa, inovasi dan daya tahan dalam industri.

    Dianjurkan setiap tahun melalui Darussalam Enterprise (DARe), Lembaga Kemajuan Ekonomi Brunei (LKEB), PBBA berfungsi sebagai platform kebangsaan untuk mengiktiraf dan menghargai pencapaian peniaga Brunei yang paling cemerlang dan memberi impak.

    Peniaga tempatan digalakkan untuk mengambil bahagian dan mengemukakan pencalonan setiap tahun, menjadikan PBBA sebagai majlis keraian yang inklusif terhadap perusahaan, kecemerlangan dan semangat keusahawanan.

    Sehubungan itu, hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di Tarindak d’Polo, Jerudong berkenaan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah yang juga Pengerusi LKEB sekali gus menyempurnakan penyampaian anugerah.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan.

    Anugerah dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu Kategori Terbuka yang menyaksikan Poni Marine memenangi anugerah bagi Pertumbuhan Perniagaan; Fatih Aquaculture bagi Syarikat Pemula; WeddingLoka Company bagi Keusahawanan Belia dan Beauteleven Company bagi Keusahawanan Wanita.

    Beauteleven Company menerima anugerah bagi Keusahawanan Wanita.
    Fatih Aquaculture menerima anugerah bagi Syarikat Pemula.
    Poni Marine menerima anugerah bagi Pertumbuhan Perniagaan.
    WeddingLoka Company menerima anugerah bagi Keusahawanan Belia.

    Sementara di bawah Kategori Sektor Prioriti, Taurean Bakeshop & Café menerima anugerah bagi Makanan; WeddingLoka Company bagi Perkhidmatan dan Kommunihub Co pula menerima anugerah bagi Pelancongan.

    Taurean Bakeshop & Café menerima anugerah bagi Makanan.
    WeddingLoka Company menerima anugerah bagi Perkhidmatan.
    dan Kommunihub Co pula menerima anugerah bagi Pelancongan.

    Terdahulu, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif LKEB, Daniel Leong dalam ucapan alu-aluannya, antaranya berkata PBBA adalah lebih daripada satu majlis keraian, malah sebagai platform untuk memberi inspirasi dan memperkasa peniaga tempatan.

    Daniel Leong menyampaikan ucapan alu-aluannya.

    Melalui proses penilaian yang ketat dan telus, PBBA telah melibatkan para pakar dari agensi kerajaan dan organisasi yang berkaitan, dengan lantikan PwC sebagai Knowledge Partner dan juga sebagai penilai bagi memastikan setiap pemohon dinilai secara adil.

    Para peniaga yang menyertai PBBA pastinya memperoleh suatu yang berharga, meningkatkan kredibiliti dan pengiktirafan awam yang lebih besar. Para pemenang dan finalis pula akan mendapat lebih pendedahan, peluang membina rangkaian dan lebih dipercayai di kalangan pelanggan, pelabur dan rakan kongsi.

    Sebagai perayaan tahunan keusahawanan Brunei, PBBA terus memainkan peranan penting dalam memupuk ekosistem perniagaan yang berkembang maju, inovatif, inklusif dan sejajar dengan wawasan negara untuk kepelbagaian dan pertumbuhan ekonomi.

    Gambar ramai tetamu kehormat bersama para penerima anugerah PBBA 2025.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda