Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis anugerah raikan 95 pelajar STPRI

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 JUN – Seramai 95 orang pelajar Sekolah Tinggi Perempuan Raja Isteri (STPRI) telah diraikan dalam Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat O, IGCSE dan BTEC, 2023 yang berlangsung di Dewan Puteri, STPRI, hari ini.

    Daripada jumlah itu, 38 orang pelajar mendapat keputusan kredit penuh, 53 mendapat hadiah galakan yang mencapai keputusan lima hingga lapan kredit, dan empat pelajar BTEC telah berjaya menamatkan pengajian kohort.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang diraikan ialah Pengetua Sekolah Menengah Sayydina ‘Othman, Haji Ismail bin Haji Brahim yang juga merupakan mantan Pengetua STPRI.

    Terdahulu, Pengetua STPRI, Hajah Azizah binti Haji Abdul Rahman dalam ucapannya antara lain telah mengongsikan pencapaian sekolah dalam peperiksaan tahun 2023.

    Katanya, pada 2022, pelajar lulus peringkat O telah mencapai sebanyak 64.9 peratus dan pada 2023 sebanyak 63.4 peratus, yang mana terdapat penurunan sebanyak 1.3 peratus.

    Walau bagaimanapun, jelasnya, sekolah telah mencapai sasaran negara iaitu 60 peratus, manakala purata kebangsaan yang dicapai pada 2023 adalah 43.8 peratus, dengan pencapaian pelajar sekolah adalah sebanyak 63.6 peratus sekali gus meletakkan STPRI dalam tiga buah sekolah terbaik.

    “Lulus dalam peperiksaan O, IGSCE dan BTEC adalah tiket pelajar untuk melangkah ke peringkat seterusnya,” tambahnya.

    Salah seorang pelajar cemerlang yang diraikan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    Antara pelajar yang diraikan dalam majlis itu. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda