Wednesday, December 4, 2024
25.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis Apresiasi IBTE rai kerjasama rakan industri

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 DIS – Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) mengadakan Majlis Apresiasi, hari ini, bagi menghargai dan meraikan hubungan berterusan IBTE dengan rakan industri serta mengiktiraf dan menghargai sumbangan pegawai dan kakitangan yang telah bersara pada tahun lepas.

    Acara yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas itu diteruskan dengan pelancaran barangan sempena memperingati ulang tahun ke-10 transformasi IBTE sejak tahun 2014.

    Hadir selaku tetamu kehormat dan seterusnya menyempurnakan penyampaian hadiah dan sijil kepada penerima, Timbalan Menteri (Tenaga) di Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Paduka Haji Mohamad Azmi bin Haji Mohd Hanifah, selaku Pengerusi Lembaga Pengelola IBTE.

    Pengarah Pendidikan Teknik dan Ketua Pegawai Eksekutif IBTE, Dr Haji Mohd Zamri bin Haji Sabli dalam ucapan alu-aluan antara lain mengongsikan yang mana, kolaboratif, kompetensi dan kecemerlangan adalah nilai-nilai yang ditekankan oleh IBTE.

    “Kami bekerjasama dengan rakan industri ini untuk membangunkan belia negara dengan kemahiran yang diperlukan seterusnya menjadikan mereka kompeten dan berjaya dalam tenaga kerja global,” tambahnya.

    Dr Haji Mohd Zamri semasa menyampaikan ucapan. – GAMBAR RAFI ROSLI
    GAMBAR RAFI ROSLI
    Dato Seri Paduka Haji Mohamad Azmi menyampaikan sijil kepada salah seorang penerima. – GAMBAR RAFI ROSLI
    GAMBAR RAFI ROSLI

    Di samping memastikan bahawa para pengajar IBTE adalah kompeten dan memiliki penguasaan terhadap subjek untuk menyampaikan latihan dan kemahiran kepada para pelajar.

    Selain berusaha untuk memastikan bahawa kami menyediakan latihan berkualiti tinggi dan pembangunan kemahiran supaya para pelajar kami cemerlang dalam apa yang mereka lakukan dan dapat menyumbang kepada pembangunan ekonomi dan sosial negara.

    IBTE menghargai sumbangan yang diberikan oleh rakan kongsi kami, jelasnya, baik agensi awam mahupun sektor swasta.

    Di samping melahirkan rasa sangat bersyukur atas komitmen berterusan anda dalam memberikan masa dan perhatian kepada pelbagai tanggungjawab yang IBTE minta bantuan.

    Majlis diteruskan dengan pembentangan video yang mempamerkan pencapaian institusi sejak 10 tahun lalu, diikuti dengan pelancaran barangan sempena 10 tahun transformasi IBTE, oleh tetamu kehormat majlis.

    Di majlis itu, turut menyaksikan 11 rakan industri yang telah dilantik sebagai ahli Jawatankuasa Penilai dan Pembangunan Program (PDEC) telah diiktiraf atas sumbangan mereka kepada perkembangan kurikulum IBTE.

    Manakala 30 rakan industri pula diberikan penghargaan di atas kerjasama dan sumbangan kepada IBTE dan 14 orang pegawai dan kakitangan yang telah bersara menerima sijil penghargaan yang mengiktiraf jasa dan sumbangan sepanjang mereka berkhidmat di IBTE.

    Sementara, 11 orang pegawai dan kakitangan IBTE pula telah menerima Anugerah Pekerja Cemerlang atas prestasi cemerlang mereka pada tahun 2024.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda