Saturday, July 27, 2024
31.8 C
Brunei

    -

    Majlis bacaan Surah Yasin untuk rakyat Palestin

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 NOV – Kelas Bimbingan Muslimah Daerah Tutong dan Daerah Belait, hari ini, telah mengadakan Majlis Membaca Surah Yasin dan Ratib Al-Attas serta Doa Khas Memohon Keselamatan untuk Rakyat dan Negara Palestin di Masjid Kampung Penanjong.

    Majlis berkenaan dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Masjid melalui Bahagian Hal Ehwal Muslimah dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Penanjong, Daerah Tutong dan Pejabat Hal Ehwal Masjid Daerah Tutong dalam sama-sama membantu rakyat Palestin di Gaza selain menghulurkan bantuan berupa kewangan.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah isteri Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama, Datin Hajah Nahriah binti Haji Awang Asbi.

    Acara antara lain bertujuan untuk menzahirkan rasa kasih kepada rakyat Palestin dengan membantu melalui memohon doa ke hadrat Allah SWT bagi keselamatan rakyat dan negara Palestin, di samping dapat mengeratkan lagi silaturahim dalam kalangan Muslimah masjid senegara.

    Dengan adanya program seumpama itu, ia juga akan dapat memberikan kesedaran kepada semua Muslimah untuk sentiasa menyerahkan diri kepada Allah SWT dalam setiap waktu terutama ketika menghadapi musibah dengan memperbanyakkan zikir, doa, wirid serta bertawakal ke hadrat Allah SWT.

    Datin Hajah Nahriah dan para Muslimah yang hadir semasa majlis berkenaan.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...