Sabtu, 22 November 2025
25.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Majlis berbuka erat hubungan dua hala Brunei-China

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 APRIL – Negara Brunei Darussalam dan Republik Rakyat China mempunyai hubungan persahabatan dan kerjasama dua hala yang erat serta mesra di mana kedua-dua negara hidup bersama dalam penuh harmoni.

    Perkara itu dinyatakan oleh Duta Besar Istimewa dan Mutlak Republik Rakyat China ke Negara Brunei Darussalam, Tuan Yang Terutama Xiao Jianguo ketika menghoskan Majlis Berbuka Puasa sempena Bulan Ramadan, di Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong, hari ini.

    Mengimbas kembali kepada perkembangan hubungan dua hala berkenaan, dapat disimpulkan beberapa pengalaman yang penting daripada hubungan erat berkenaan antaranya adalah kepercayaan politik, kerjasama praktikal, pertukaran di antara warga kedua-dua buah negara serta koordinasi dan kerjasama yang kukuh dalam hal ehwal serantau dan antarabangsa.

    Perkara tersebut dijelaskan lebih lanjut oleh TYT Xiao Jianguo, di mana beliau menyatakan bahawa diplomasi pemimpin negara membantu untuk membimbing hubungan dua hala kedua-dua buah negara dengan pertukaran peringkat tinggi memainkan peranan penting dalam mempromosikan hubungan serta meningkatkan kepercayaan strategik bersama.

    TYT Xiao Jianguo berkata ia merupakan asas kukuh kepada hubungan Brunei-China, di mana persahabatan itu lahir daripada hubungan rapat di antara rakyat kedua-dua negara yang menjadi kunci kepada hubungan negara ke negara yang kukuh.

    Beliau menyatakan bahawa kedua-dua negara mempunyai kerjasama yang ekstensif dalam bidang kebudayaan, pendidikan, sukan, pelancongan dan belia, di mana hubungan persahabatan itu diperkukuhkan lagi menerusi usaha bersama.

    TYT Xiao Jianguo bergambar ramai bersama tetamu yang hadir pada majlis tersebut. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda